News @ NEUC

FRESH ACTION 3.0: UBAH MASA DEPAN BUMI DENGAN KONSEP 5R

2013-10-25

SIARAN MEDIA

FRESH ACTION 3.0: UBAH MASA DEPAN BUMI DENGAN KONSEP 5R
(KURANGKAN (REDUCE), GUNA SEMULA (REUSE), KITAR SEMULA (RECYCLE), CIPTA SEMULA (RE-CREATE) DAN FIKIR SEMULA (RETHINK)

25 OKTOBER 2013: Dalam usaha menyokong agenda nasional “Going Green”, New Era Kolej dan Earoph Malaysia hari ini telah melancarkan Pameran Kitar Semula dan Alam Sekitar FRESH Action 3.0 di New Era Kolej (NEC), Kajang.

Turut hadir ke majlis ini ialah YB Elizabeth Wong, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar), Timbalan Presiden Earoph Malaysia, Y.B Dato Eddy Chen Lok Loi dan Pengetua/CEO NEC, Dr. Mok Soon Chong.

Menurut YB Elizabeth Wong, masalah kekurangan kawasan tanah untuk menyediakan tapak-tapak pelupusan dapat diminimakan. Dari segi industri, amalan kitar semula dapat mengurangkan perbelanjaan mengekstrak sumber ekonomi baru.

Dalam ucapan perasmiannya, Elizabeth berkata “Saya amat tertarik kepada konsep ‘Rethink’/Fikir semula dan ‘Recreate’/Cipta Semula kerana konsep ini menggalakkan ramai orang untuk berfikir dua kali apabila hendak membuang barang-barang yang boleh dikitar semula seperti baju, botol-botol plastic dan kotak lama. Ianya boleh dicipta semula menjadi kraftangan yang baru. ”

Tambahnya lagi, cara ini bagaikan serampang dua mata kerana ciptaan baru ini dapat menyelamatkan bumi serta menjadi sumber pendapatan yang lumayan buat semua orang apabila ia dijual.

Pelancaran ini merupakan salah satu pra-acara bagi Pameran Kitar Semula Alam Sekitar FRESH Action 3.0 yang diadakan pada 24 hingga 26 Oktober 2013. Pameran yang berjalan selama tiga hari ini dianjurkan oleh pelajar tahun dua dari Program Pengiklanan dan Perhubungan Awam dari NEC. dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.

Seramai 600 pelajar dan guru-guru dari SJK © Yu Hua, SMK Yu Hua, SJK Jalan Bukit 1 dan SMK Jalan Bukit turut hadir ke upacara perasmian ini.

Objektif-objektif aktiviti ini adalah untuk menggalakkan konsep 5R (kurangkan, guna semula, kitar semula, cipta semula dan fikir semula) dalam kehidupan seharian, mewujudkan kesedaran awam tentang amalan sisa sifar serta mendidik generasi muda untuk menghargai nilai barangan terpakai.

Bersempena dengan pameran ini, pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan untuk mendedahkan para khalayak tentang pentingnya kitar semula jadi dan alam sekitar kepada manusia. Aktiviti-aktiviti ini termasuklah pertandingan melukis, seminar-seminar tentang sisa buangan dan persembahan tarian dan nyanyian oleh pelajar-pelajar NEC.

Pameran ini dibuka kepada orang ramai, khususnya pelajar dari sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. Masuk adalah percuma.

Sejak tahun 2008, program yang berunsurkan aktiviti tanggungjawab sosial (CSR) telah memberikan kesan positif kepada komuniti-komuniti, khususnya generasi muda yang tinggal di sekitar kawasan Kajang.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Leong Lizhe (Richard)
Pengurus Projek
Nombor Telefon: 016-5022864
E-mel: leonglizherichard@gmail.com

Ng Chie Yann (Yannie)
Penolong Pengurus Projek
Nombor Telefon: 017-6261078
E-mel:blueearth_953@hotmail.com


Mengenai ‘FRESH Action 3.0’
'FRESH Action 3.0' ialah satu projek yang dianjurkan setiap tahun oleh pelajar tahun dua dari Program Pengiklanan dan Perhubungan Awam, yang mendedahkan para pelajar kepada dunia perhubungan awam dengan memberikan peluang kepada pelajar untuk menganjurkan kempen-kempen yang berunsurkan tanggungjawab sosial (CSR)

Melalui aktiviti sebegini, bakat-bakat serta kemahiran mereka dalam bidang perhubungan awam akan ditajamkan lagi, di mana para pelajar akan diberikan peluang untuk menggunakan ilmu dan kemahiran yang dipelajari dalam Program Pengiklanan dan Perhubungan Awam di New Era Kolej Universiti

Dalam menggalakkan ini masyarakat penjagaan alam sekitar dan penjagaan acara, kami juga berharap untuk menegakkan semangat utama Kolej, yang merupakan "Dari Masyarakat; Untuk Masyarakat"

  
GAMBAR 1: Pelajar dari Program Pengiklanan dan Perhubungan Awam, NEC bergambar bersama faksilator-faksilator Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) di Sungai Tekala, Selangor.   GAMBAR 2: Upacara perasmian FRESH ACTION 3.0_Richard Leong (dari kiri), Hanna Chan Shin Yi, Dr. Mok Soon Chong, Elizabeth Wong, Tan Sri Datuk Eddy Chen Lok Loi,  dan Yannie Wong

FRESH ACTION 3.0
ATURCARA PROGRAM PELANCARAN PAMERAN KITAR SEMULA DAN ALAM SEKITAR FRESH ACTION 3.0 DI NEW ERA KOLEJ (NEC), KAJANG.
TARIKH:25 Oktober 2013
MASA: 9am-12pm
TEMPAT: UG Hall, New Era College

MASA PROGRAM
9 pagi Ketibaan VIP di UG Hall, New Era College
9.30 pagi Persembahan tarian (dipersembahkan oleh Kelab Tarian, New Era College)
9.45 pagi

Ucapan

  1. Dr Mok Soon Chong (Pengetua/CEO New Era College)
  2. Tan Sri Datuk Eddy Chen Lok Loi (Timbalan Presiden Earoph Malaysia)
  3. YB Elizabeth Wong, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Bukit Lanjan
10.15 pagi Upacara perasmian
10.20 pagi Sesi bergambar
10.25 pagi Sesi berkongsi idea-idea kitar semula dan alam sekitar
  • 5 pelajar sekolah rendah (3 from SJKC Yu Hua & 2 from SK Jalan Bukit 2)
Penyampaian hadiah kepada pelajar (yang mempunyai idea terbaik)
10.45 pagi Persembahan multimedia (Aktiviti-aktivit FRESH Action 3.0)
11.00 pagi Persembahan nyanyian dari pelajar-pelajar New Era College: I-DO Music Studio
11.15 pagi Persembahan lagu tema FRESH Action 3.0 oleh para pelajar New Era College: I-DO Music Studio.
12.00 tengah hari Majlis bersurai