News @ NEUC

Wakil Rombongan Suruhanjaya Pendidikan Beijing

2019-11-08

KAJANG, 6 November-Wakil rombongan Suruhanjaya Pendidikan Beijing telah melawati Kolej Universiti New Era pada 4 November 2019 (Isnin), pada pukul 3:30 petang. Antara ahli wakil rombongan ialah Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pendidikan Beijing, Huang Kan; Ahli Jawatankuasa Bahagian Pendidikan Vokasional dan Dewasa, Wu Ye; Timbalan Dekan Kolej Vokasional Tenaga Buruh dan Keselamatan Sosial Beijing, Zhang Yao Song serta Pengetua Sekolah Perdagangan Beijing, Hou Guang.

Pengetua Kolej Universiti New Era, Dr. Mok Soon Chong; Dekan Institut Pendidikan Antarabangsa, Dr. Tey Shi Bin; Dekan Institut Vokasional dan Pendidikan Berterusan, Encik William Lee Chyuan Chuan; Timbalan Pengarah Pendaftaran (Unit Urusan Akademik), Dr. Ng Yean Leng; Ketua Jabatan Pendidikan Kemahiran Lanjutan, Encik Gan Kin Shyang; Pegawai Latihan Vokasional dan Ketua Jabatan Pendidikan Vokasional, Encik Lee Yin Loon; Pegawai Perhubungan Akademik Institut Pendidikan Vokasional, Encik Chai Yu Yii serta Penolong Eksekutif Kanan Institut Pendidikan Antarabangsa, Cik Ha Ming Hui sebagai wakil Kolej Universiti New Era untuk menyambut kedatangan wakil-wakil dari Beijing. Mesyuarat ini digalakkan oleh Tuan Haji Aziz How Abdullah, Penasihat, Seksyen Pendidikan, Kedutaan Besar Malaysia.

Wakil rombongan Suruhanjaya Pendidikan Beijing dan wakil Kolej Universiti New Era telah berbincang tentang penguatkuasaan kerjasama antara kedua-dua pihak dan negara. Kedua-dua pihak telah memberi pendapat yang berharga atas perkara tersebut dan berharap mempunyai peluang untuk merealisasikan kerjasama yang lebih lanjut pada masa yang akan datang.

Kolej Vokasional Tenaga Buruh dan Keselamatan Sosial Beijing (Malaysia) juga dirasmikan di Kolej Universiti New Era pada hari tersebut. Hal ini menandakan hubungan rapat antara kedua-dua institut pendidikan.