Kongsi Ilmu NEUC-CMEI
Ulasan buku "Bahasa dan Budaya: Memahami Kesantunan Bahasa Masyarakat Multi-etnik"
CMEI merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada penyelidik kami, Dr. Widura Abd Kadir, atas penerbitan ulasan buku bertajuk "Bahasa dan Budaya: Memahami Kesantunan Bahasa Masyarakat Multi-etnik" dalam Majalah Dewan Bahasa, edisi Ogos 2025.
Ulasan ini mengangkat buku Kesantunan Bahasa Etnik-etnik Utama di Malaysia (DBP, 2024) yang disunting oleh YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan, dan menghimpunkan penulisan ilmiah tentang pendekatan kesantunan dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazandusun.
Ulasan ini juga pernah dibentangkan dalam program Kongsi Ilmu NEUC-CMEI 2025 anjuran Pusat Interaksi Pelbagai Etnik, NEUC-CMEI yang telah berlangsung pada 12 April 2025.
Dapatkan Majalah Dewan Bahasa di pautan berikut: https://jendeladbp.my/ujana/dewan-bahasa-ogos-2025/


