Vice-Chancellor's Office

NEUC Home > Administration > Vice-Chancellor's Office > A MESSAGE from DVC, Associate Professor Azizan

A MESSAGE from DVC, Associate Professor Azizan

Selamat Tahun Baru kepada warga Kolej Universiti New Era. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita diberi peluang untuk meneruskan usaha mengejar kejayaan di tahun baru ini.

Untuk tahun 2023, saya berharap setiap warga NEUC bersiap siaga untuk menghadapi arus perubahan yang pantas, dan tidak tunduk atau mengalah dengan mudah kepada cabaran. Saya percaya bahawa dengan semangat ini, kita boleh memacu NEUC ke tahap yang lebih tinggi di peringkat kebangsaan malah di peringkat antarabangsa. Usaha ini memerlukan warga NEUC secara sedar meningkatkan usaha mereka dan meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam setiap aspek kehidupan di kampus NEUC yang melibatkan hal akademik, penyelidikan dan inovasi, hal ehwal pelajar, hubungan industri dan khidmat masyarakat, dan perkhidmatan lain.

Marilah kita mempamerkan kekuatan kita ketika melangkah ke tahun baru yang menandakan permulaan baru, azam baru dan harapan baru. Saya pasti apabila tahun 2023 menjelma, kita semua berazam untuk berusaha lebih gigih dan mencapai lebih banyak pada tahun ini berbanding tahun lalu. Untuk memastikan perubahan positif ini direalisasikan, adalah penting bagi kita, dalam kapasiti sebagai pendidik, kakitangan atau pelajar, mempunyai daya tahan dan berpegang pada tahap integriti dan etika kerja yang tinggi jika kita ingin berjaya mengharungi arus perubahan ekonomi dan sosial. Kita tidak boleh lagi berkompromi dalam usaha menjaga kualiti kerja dan etika kerja. Mengamalkan prinsip-prinsip ini adalah transformasi diri yang perlu kita capai dan kekalkan dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

Ini adalah tahun ke-15 saya berkhidmat di Kolej Universiti New Era. Sebagai Timbalan Naib Canselor Kolej Universiti New Era yang baru dilantik, saya kini memegang tanggungjawab yang besar untuk menjaga dan memimpin keluarga ini, tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya oleh Naib Canselor dan Lembaga Pengarah secara amnya. Dengan izin Allah, saya akan berikan yang terbaik. Adalah menjadi harapan saya bahawa kita sebagai ahli keluarga besar, bersatu dalam usaha yang komited dan bersepadu ke arah memenuhi cita-cita bersama untuk menjadikan Kolej Universiti New Era sebagai universiti yang berdaya saing.

Saya juga berharap warga NEUC akan berganding bahu bersama saya dalam usaha membawa Kolej Universiti New Era mencapai status universiti penuh.
Di fasa perubahan ini, kita pasti akan menghadapi pelbagai halangan dan rintangan, dan kita juga sedar bahawa institusi swasta seperti NEUC terbuka kepada kritikan daripada pelbagai pihak. Kita harus menerima cabaran-cabaran ini secara terbuka dan tidak gentar untuk berdiam diri kerana takut dikritik. Malah, kita harus menerima kritikan secara positif sebagai perangsang untuk ke peringkat lebih tinggi dan melakukan yang lebih baik.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Profesor Voon Phin Keong, bekas Timbalan Naib Canselor Kolej Universiti New Era, yang telah memimpin dan mengekalkan NEUC di landasan kecemerlangan. Saya juga berterima kasih kepada kakitangan dan pelajar NEUC yang beriltizam dan proaktif, dan usaha berterusan merekalah yang telah menjadikan visi NEUC untuk menjadi kolej universiti bertaraf antarabangsa menjadi kenyataan.

Akhir kata, semoga NEUC meneruskan legasi kecemerlangannya, dan sama-samalah kita melaksanakan tanggungjawab kita dengan penuh keikhlasan, kesedaran diri, dan muhasabah diri yang berterusan, agar segala usaha kita dipermudahkan.

Semoga tahun 2023 menyaksikan kejayaan cemerlang dalam transformasi NEUC menjadi universiti bertaraf antarabangsa dan bereputasi tinggi.

‘Don't stop when you're tired. Stop when you're done.’

Terima kasih.

address

Blok B&C, Lot 5, Seksyen 10, Jalan Bukit,
43000 Kajang, Selangor.

phone

03-8740 6392 (Main Line)
03-8210 3709 (Main Line)
03-8740 4392
03-8741 8192
03-8741 4923
03-8741 4924
03-8740 6925
03-8737 9292

email

neuc@newera.edu.my

OFFICE HOURS
Monday to Friday: 8:30am - 5:00pm
(Off on Saturday, Sunday and Public Holidays)